Dr.
Khalif Muammar menerusi Facebook peribadi beliau bertarikh 26 November 2014
telah membicarakan tentang liberalisme. Dalam tulisan tersebut, dapatlah dilihat
bahawa Dr. Khalif telah meletakkan liberalisme sebagai sesuatu yang lebih
mendatangkan kemudaratan berbanding kemanfaatan. Menjadikan arak sebagai
perumpamaan – dalam pada minuman keras itu memberi ‘kenikmatan’ kepada
penggemarnya, ia sebenarnya mengundang lebih banyak kebahayaan kepada diri sendiri,
bahkan orang lain juga.
Gambar hiasan: Transgender. |
Sebagai
catatan, faktor-faktor yang membawa kepada penolakan liberalisme menurut Dr.
Khalif Muammar:
Sekularisme– memisahkan agama daripada kehidupan.Rasional murni– mendahului akal rasional dalam setiap tindakan.Pluralisme agama– semua agama adalah benar à jalan menuju Tuhan yang sama.Demokrasi liberal– mengangkat sistem politik Barat.Mempromosi nilai-nilai liberal– merangkumi cara hidup bebas.
Islam
merupakan agama wahyu yang diturunkan Allah kepada umat manusia menerusi
Rasul-Nya (mentauhidkan Allah). Kedatangan Islam yang sempurna menolak segala pegangan dan
kepercayaan lainnya. Al-Quran dan As-Sunnah dijadikan pedoman (pengajaran)
dalam menjalani kehidupan di atas bumi Tuhan.
Gambar hiasan: Pergaulan bebas di kalangan remaja. Sewaktu konsert FMFA di Bukit Jalil. |
Dunia
adalah ladang semaian sebelum menuju akhirat. Maka untuk sampai ke negeri abadi
itu, tidak boleh tidak untuk mengenepikan persoalan agama. Menerusi agamalah dapat
membawa manusia kepada Tuhan sekaligus masuk ke dalam syurga-Nya. Hidup
beragama membuatkan manusia tidak melakukan sesuatu yang dilarang-NYA. Reda
Allah menjadi fokus utama. Dalam masa yang sama, Al-Quran dan As-Sunnah
dipegang erat sebagai panduan. Sesungguhnya, fikiran manusia adalah terbatas.
Sebagai Pencipta alam, Allah lebih tahu segala sesuatu yang tidak diketahui
manusia. Keterbatasan fikiran manusia ini secara jelas membawa penolakan
terhadap isu antaranya yang diperjuangkan Sister in Islam (SIS):
- Aurat.
- Poligami.
- Pengkid.
- Murtad.
- Persamaan hak dan sebagainya.
Maka,
dapatlah dikatakan bahawa kelalaian terhadap liberaslime kelak mengundang kesan
negatif kepada masyarakat (khususnya hal yang berkait dengan akidah). Penolakan
terhadap ketetapan Tuhan secara tidak langsung boleh membawa kepada kekufuran.
Islam itu sempurna à sesuai diamalkan di
mana-mana, pada bila-bila masa dan untuk apa-apa juga. Justeru untuk mengecap
kebahagiaan di dunia dan akhirat, perlu kembali kepada agama yang satu yakni ISLAM.
No comments:
Post a Comment